Tuesday, 8 December 2015

Lefthanded

Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan The digugurkan. Ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu.


Sejarah awal

Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri.  Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.

Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986.  Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.  Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.


Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.  Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi (1989).

Pertukaran vokalis

Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.  Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.

Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.

Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.


Arab merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, dan pernah menjadi ketua pelajar di situ.

Anggota kumpulan

Kumpulan ini terdiri daripada:-

1 Nash @ Nashrudin Elias - vokal (1985 - 1990, 1998 - sekarang)
2 Samad @ Abdul Samad Mian (meninggal dunia)[1] - gitar
3 Man Dayak @ Rahman Othman - drum
4 Man Kidal @ Abdul Rahman Mahmood (anggota asal kumpulan Search) - gitar
5 Yan @ Amran Marsiman (anggota asal kumpulan Search dan pernah menyertai kumpulan       XPDC) - bass
6 Isa (dari kumpulan Lizard) - keyboard
7 Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
8 Ramli Sarip (album 'Fanatisme') - vokal

9 Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar (album 'Nafas') - vokal


Diskografi

Album

1   Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986)
2   Keadilan (1986)
3   Seruan (1987)
4   Qabul (1988)
5   Evolusi (1989)
6   Fanatisme (1990)
7   Seleksi Lagenda (1992) - kompilasi
8   Nafas (1996) - live
9   Dimensi Baru (1998)
10 Syurga & Neraka (1999)
11 Lefthanded Reunion (2003)
12 Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)

13 Memori Hits Lefthanded (2008) - kompilasi


Keadilan  (1986)
















1  Keadilan
2  Ku kehilangan cinta tiga dimensi
3  Sudi-sudikah dikau
4  Debunga wangi
5  Hadapilah dengan sabar
6  Tiada lagi kidungmu
7  Ringan berat
8  Lanun
9  Problem malas

10 Lagenda cinta


Seruan (1987)













1  Seruan
2  Kenangan Bersamamu
3  Inflasi
4  Sepanjang Riwayat Hidup (untuk Ibu)
5  Rafidah Dan sejarah
6  Alam Dan pencipta
7  Sentuhan Kidal (Instrumental)
8  Antara Usaha Dan Nasib
9  Ku Di Halaman Rindu
10 Histeria (Instrumental)


Qabul (1988)
















1  Hidup dan perjuangan
2  Janji kesetiaan
3  Bertemu di dalam rock n roll
4  Melangkah
5  Maya persada
6  Di lembah kebendaan
7  Restu yang abadi
8  Rentasi dunia muzik
9  Mengejar pelangi

10 Qabul (instrumental)


Evolusi (1989)




















1  Carilah
2  Pencinta
3  Perjalanan
4  Mentari
5  Parasit
6  Arah Yang Hilang
7  Rockrama
8  Detik Masa
9  Roda-roda

10 Keindahan Sepi


Fanatisme (1990)















1  Semangat Lamina 
2  Satu Tidur Panjang 
3  Pesta Hidup Di Kota Raya
4  Blues 
5  Impian Setaman 
6  Suatu Bayangan 
7  Perjalanan Cinta Abadi 
8  Akal 
9  Lingkaran Sejarah Kita 

10 Tenat 


Seleksi Lagenda (1992)




















1  Ku kehilangan Cinta Tiga dimensi
2  Tiada lagi KidungMu
3  Kenangan Bersamamu
4  Seruan
5  Debunga Wangi
6  Maya Persada
7  Ku Dihalaman Rindu
8  Semangat Lamina
9  Pencinta
10 Keindahan Sepi
11 Restu Yang Abadi
12 Satu Tidur Panjang
13 Impian seraman

14 Lagenda Cinta


Nafas (1996)





















1  Blues
2  Debunga Wangi
3  Hidup Dan Perjuangan
4  Keadilan
5  Kenangan Bersamamu
6  Maya Persada (akustik)
7  Nafas Rindu
8  Semangat Lamina
9  Sentuhan Kidal (instrumental)
10 Seruan

11 Sutra (lagu baru)


Syurga & Neraka (1999)                                     
                                                                                




















1  Syurga Dan Neraka
2  Marga Jiwa
3  Mencari Sinar
4  Pendita Mimpi
5  Bantai Blues
6  Dahan Menanti
7  Tenang
9  Hamparan Putih
10 Akal Sinikal

11 Rahsia Kita


Lefthanded Reunion (2003)






















CD 1

1  Keadilan
2  Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
3  Sudi-sudikah Dikau
4  Debunga Wangi
5  Lagenda Cinta
6  Tiada Lagi Kidungmu
7  Seruan
8  Kenangan Bersamamu
9  Alam Dan Pencipta
10 Ku Di Halaman Rindu
11 Sentuhan Kidal (Instrumental)

CD 2

1  Semangat Lamina (Live)
2  Hidup Dan Perjuangan
3  Maya Persada
4  Bertemu Di Dalam Rock & Roll
5  Mengejar Pelangi
6  Qabul
7  Carilah
8  Pencinta
9  Arah Yang Hilang
10 Semangat Lamina
11 Satu Tidur Yang Panjang
12 Sutra

13 Debunga Wangi (Live)


Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)


CD 1

1      [Live] - Seruan
2      [Live] - Sudi-sudikah Dikau
3      [Live] - Keadilan
4      [Live] - Lagenda Cinta
5      [Live] - Lanun
6      [Live] - Perfect Strangers
7      [Live] - Debunga Wangi
8      [Unplugged] - Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
9      [unplugged] - Kenangan Bersamamu
10    [Unplugged] - Soldier Of Fortune
11    [Unplugged] - Ku Di Halaman Rindu


CD 2

1      [Live] - Bertemu Di Dalam Rock & Roll (Hattan)
2      [Live] - Qabul (Instrumental)
3      [Live] - Semangat Lamina (Yantzen)
4      [Live] - Smoke On The Water (Hattan, Rahim Maarof & Yan)
5      [Live] - Sentuhan Kidal (Instrumental)
6      [Live] - Arah Yang Hilang (Muix Metalasia)
7      [Live] - Ringan Dan Berat (Yan)
8      [Live] - Pada syurga Di wajahmu
9      [Live] - Tiada Lagi Kidungmu

10    [Encore] - Alam Dan Pencipta



Memori Hits Lefthanded (2008)



CD1

1. Lefthanded – Keadilan (4:05)

2. Lefthanded – Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi (4:35)

3. Lefthanded – Sudi Sudikah Dikau (3:44)

4. Lefthanded – Debunga Wangi (5:22)

5. Lefthanded – Lagenda Cinta (4:14)

6. Lefthanded – Tiada Lagi Kidungmu (3:28)

7. Lefthanded – Seruan (5:08)

8. Lefthanded – Kenangan Bersamamu (4:36)

9. Lefthanded – Alam Dan Pencipta (5:19)

10. Lefthanded – Ku Di Halaman Rindu (5:21)

11. Lefthanded – Sentuhan Kidal{Instrumental} (3:17)

12. Lefthanded – Semangat Lamina(Live) (5:43)

CD2

1. Lefthanded – Hidup & Perjuangan (3:02)

2. Lefthanded – Maya Persada (5:21)

3. Lefthanded – Bertemu Di Dalam R N Roll (4:31)

4. Lefthanded – Keadilan (Live) (4:11)

5. Lefthanded – Mengejar Pelangi (4:50)

6. Lefthanded – Qabul (5:00)

7. Lefthanded – Carilah (5:15)

8. Lefthanded – Pencinta (5:22)

9. Lefthanded – Arah Yang Hilang (7:44)

10. Lefthanded – Semangat Lamina (5:04)

11. Lefthanded – Satu Tidur Yang Panjang (6:09)

12. Lefthanded – Sutra (5:27)


13. Lefthanded – Debunga Wangi {Live} (6:40)


Lagu-lagu popular

"Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi"
"Tiada Lagi Kidungmu"
"Kenangan Bersamamu"
"Ku Di Halaman Rindu"
"Lagenda Cinta"
"Debunga Wangi"
"Seruan"
"Maya Persada"
"Semangat Lamina"
"Pencinta"
"Keindahan Sepi"
"Restu Yang Abadi"
"Satu Tidur Panjang"
"Impian Setaman"
"Arah Yang Hilang"
"Lanun"
"Keadilan"
"Alam & Pencipta"

"Janji Kesetiaan"








Wednesday, 25 November 2015

Kumpulan Rock Terawal

Sweet Charity

Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal),Rosli Mohalim (Lewat 70'an Gitar) Joe Salim(Gitar), Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)

Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow di FunFair di seluruh Singapura dlm tahun 70an-80an,dan Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.


Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat,Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.

Ahli

Dari 1967 hingga awal 70'an

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Joe Salim - gitar
3.  Wahid Warren - bass

4.  Rahman Sarbani - drum


Dari awal 70'an hingga pertengahan 70'an

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Joe Salim - gitar
3.  Wahid Warren - bass
4.  Rahman Sarbani - drum

5.  Yong - Keyboard


Dari pertengahan 70'an hingga lewat 70'an

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Hamdan Atan (lebih dikenali sebagai A Ali (Kembara)) - gitar
3.  Rosli Mohalim - bass
4.  Rahman Sarbani - drum

5.  Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua


Dari lewat 70'an hingga tahun 1981

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Rosli Mohalim - Gitar
3.  Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
4.  Rahman Sarbani - drum

5.  Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua


Dari tahun 1981 hingga tahun 1982

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Rosli Mohalim - Gitar
3.  Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
4.  Rahman Sarbani - drum
5.  Masrom Abd Hamid - Keyboard


Dari tahun 1982 hingga tahun 1983

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Rosli Mohalim - Gitar
3.  Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
4.  Rahman Sarbani - drum
5.  Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar & keyboard


Dari tahun 1983 hingga 1985

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Rosli Mohalim - Gitar
3.  Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass
4.  Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar
5.  Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua
6.  Rahman Sarbani - drum


Dari tahun 1985 hingga 1986

1.  Ramli Sarip - vokalis utama
2.  Rosli Mohalim - Gitar
3.  Razak Ahmad - bass
4.  Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua
5.  Sulaiman Kamsani (Man Parey) - drum


Ahli-ahli yg pernah sertai Sweet Charity selepas 1986

1.  Yantzen - Vokalis
2.  Zaiton - vokalis

Dari tahun 2000 

1.  Ramli Sarip,
2.  Rosli Mohalim,
3.  Rahman Sarbani

4.  Ahmad Jaafar Jawahir,



Album

















ALBUM SWEET CHARITY : 

1. Seniman Di Rantau 
2. Teratai 
3. Bayang-bayang 
4. Hujan (karya M Nasir yang terawal) 
5. Tak Sepertimu / Bingung


(Tahun : 1979 Edaran : WEA)

























SWEET CHARITY : PELARIAN

1.  Kamelia 
2.  Terharu 
3.  Bagaikan Bermimpi 
4.  Musibah 
5.  Pelarian 
6.  Curiga 
7.  Bulat-Bulat 
8.  Dekatlah Padaku 
9.  Zakiah / Biarkanlah

(Tahun : 1980 Edaran : WEA)
























SWEET CHARITY : SEJUTA WAJAH

1.  Sejuta Wajah 
2.  Jangan Tunggu Lama-lama 
3.  Tahun 2000 
4.  Asmara 
5.  Hilang Gelap Terbitlah Terang 
6.  Sentosa 
7.  Asmara 
8.  Raja Kumbang 
9.  Sharifah Aloya 
10. Terpedaya 
11. Jalan Malam


(Tahun : 1981 Edaran : WEA)























SWEET CHARITY : PENUNGGU

1.  Dia 
2.  Haji 
3.  Penunggu 
4.  Mengapa Sangsi 
5.  Jangan Tak Jadi 
6.  Dalam Kerinduan 
7.  Perjalanan 
8.  Nada Penyesalan 
9.  Apa Khabar Sayang 

(Tahun : 1982 Edaran : WEA)























SWEET CHARITY : BATU

1.  Dunia Perlumbaan 
2.  Manusia dan ABC 
3.  Ada Kerja Ada Gaji 
4.  Orang Asing 
5.  Batu 
6.  Pesta Muzik 
7.  Generasi Muda (Instrumental) 
8.  Datang Dan Pergi 

(Tahun : 1983 Edaran : WEA)



















SWEET CHARITY : PILIHAN TERBAIK

1. Lahirmu Bukan Untuk Dunia 
2. Datang Dan Pergi 
3. Kamelia 
4. Musibah 
5. Teratai 
6. Hilanglah Gelap Terbitlah Terang 
7. Sejuta Wajah 
8. Jangan Lama Lama 
9. Penunggu 
10. Terharu 
11. Berita Gempa 
12. Manusia Dengan ABC 
13. Hanya Rock N Roll 
14. Ribut 10.59 Pagi 


(Tahun : 1984 Edaran : WEA)






















SWEET CHARITY : BERITA GEMPA

1.  Bunga-Bunga Cinta
2.  Berita Gempa 
3.  Rock n Roll 
4.  Dendang Remaja 
5.  Wanita 
6.  Nyala Semarak 
7.  Lahirmu Bukan Untuk Dunia 
8.  Permata Hati 


(Tahun : 1985 Edaran : WEA)




























SWEET CHARITY : 88

1 Padah
2 Cinta Dan Cipta
3 Peracun
4 Jangan Rayu Ku Lagi
5 Terpedaya
6 Dalam Kenangan
7 Angkara Iblis Dan Syaitan
8 Melodi Untuk Ina
9 Jangan Laju Laju

10 Kedamaian

(Tahun : 1988 Edaran : ASP)



Rock Mula Tercetus .....

Sweet Charity-lah yang mula mencetuskan fenomena muzik rock di Malaysia walaupun ianya ditubuhkan di Singapura...Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggotai oleh Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Gitar), Wan Ahmad (Gitar), Syed Hassan (Bass), Rahman Sarbani (Dram), Masrom & Ahmad Jaafar (Kibor). Mereka juga yg meletakkan muzik rock di landasan yg sebenar sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple Singapura! Lagu2 seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yg begitu mendalam terhadap industri rock yg baru wujud ketika itu.

Pada tahun 1981, M.Nasir dan kumpulan Kembara telah merekodkan album Kembara dan lagu Hati Emas telah menjadi hits. M Nasir terus menjadi pencipta kepada beberapa genre lain selain rock sehinggalah ke hari ini.

1983 - 1993,
Di era inilah tercetusnya revolusi rock atau dipanggil era emas muzik rock di Malaysia. Daripada penubuhan kumpulan Search pada tahun 1981 sebagai pelopor muzik rock yang agak keras, maka muncullah beratus2 kumpulan rock di seluruh pelosok Malaysia.Diibaratkan hampir setiap hari pasti ada satu kumpulan rock yang akan menjual album di pasaran. Dari segi lirik lagu pula, lagu yang menjadi hits sudah tentu berkisarkan pada cinta, tetapi, rata², mereka juga banyak melahirkan bait² lirik tentang pergolakan yang berlaku di dunia serta perjuangan mereka dalam bidang seni. Cukup menarik jika didengari. Di zaman ini juga lahir beberapa pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan untuk penggemar muzik rock, khusus untuk kumpulan² ini menunjukkan kehebatan serta bakat masing².

Antaranya ialah Search,Wings, Lefhanded, BPR, May, Rusty Blade,Sofea, Crossfire,D'Riyadh, Junction, Desire dan banyak lagi. Pertandingan Juara Lagu juga banyak dipelopori oleh muzik rock pada akhir 80-an.

Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menduduki tempat pertama, Hurricane tempat kedua, dan kumpulan Gersang ditempat ketiga.

Setelah gagasan "Battle Of The Bands" & "Juara Juara Rock" berjaya di persada muzik.
Wujud beberapa buah lagi gagasan lain antaranya gagasan "CLASH OF THE BANDS" yang melahirkan kumpulan seperti "KRAX", "VARNA", "STEELFINGERS", "ILMIAH", "HANDY BLACK", "HELTER SKELTER" dll. Gagasan "WAR ROCK" melahirkan "MEDICINE", "PRATAYUDA", "KEJORA", "SPRING'S" dll manakala Gagasan "HIKAYAT ROCK" pula melahirkan "D`RIYATH", "STEELERS", "TROOPERS", "SAXO" dll. Gagasan "ROCK GALACTICA" juga melahirkan beberapa buah kumpulan yang hebat seperti "LIPAN BARA","BLACKROSE" dan lain-lain.

Gagasan yang paling dihormati iaitu yang paling lama iaitu gagasan "JUARA JUARA ROCK" yang melahirkan banyak band2 yang membawa lagu2 berat. "BATTLE OF THE BANDS" juga banyak melahirkan band2 ternama seperti "BLOODSHED", "ELLA & THE BOYS", "SYJ", "RAHIM MAAROF & WHITESTEEL" dan lain-lain. Tidak dilupakan juga "PESTA HIBURAN KINGSWAY" yang memperkenalkan kumpulan2 hebat seperti "BUMIPUTERA ROCKERS", "HANDY BLACK","FRU" dan lain-lain....

Antara kumpulan2 lama:

Search
-ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Baharu & dianggotai oleh Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

Ella & The Boys
-juga ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu. Shima juga pernah menyertai kumpulan The Boys dan menggunakan nama band sebagai Shima & The Boys.

Lefthanded
-Diasaskan oleh man kidal sendiri dan pada asalnya Rahim Maarof yg menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash & melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

Rusty Blade
-ditubuhkan di Singapura & telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1981. Dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Md Noor (Gitar), Izad (bass) & Izan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!

Masa
Nama asal : Scarecrow.

Album kedua, Doktrin Metos, memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam.
Lagu ini telah membawa Masa Scarecrow ke peringkat akhir pertandingan Muzik - Muzik
1991 di PWTC Kuala Lumpur.

Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul ( vokal utama ), Mazwan ( gitar ),
Lan ( gitar - ahli asal ), Madi ( bass - ahli asal ) dan Shaiful ( drums ).
Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band
mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.

Burnmarks
Anggota - Jef (Vokal), Joe (gitar), Amy (Drum), Aub (Bass). Lepas tu berpecah maka Joe tubuhkan Jasad Liar. Group nie pula adalah gabungan pemuzik Burnmarks, Naja dan Teras juga iaitu Acey (Vokalis), Joe (gitar), Zanal (Bass) dan Emy (Drum).

Pernah menjadi Juara Rock Johor 1984 dengan menggunakan nama The Burnmarks.
Burnmarks adalah antara senior rock group di Malaysia

Inspirasi
Ditubuhkan pada tahun 1989.
Asal - Singapura.
Lagu hits - Terkuburlah Sebuah Impian

Anggota - Djanggo (vokalis), Rafi (Drummer), Fin dan Rim (gitar utama) dan Bai (bassis).

Bloodshed
Diasaskan pada tahun 1985, Banyak menyertai pertandingan BATTLE OF THE BANDS pada tahun 1986 .. Album pertama berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" lahir pada tahun 1987 Album ke-2 iaitu yang lebih hebat muncul pada tahun 1988 bertajuk "SAMARKAND" .. Album itu yang terdapat lagu hit mereka iaitu Srikandi Cintaku ..
Tahun 1990 bloodshed menukar nama kepada BLACKSHED dan muncul bersama album terakhir mereka bertajuk "VILLA MISTERI" bersama vokalis baru mereka yang suara hampir seakan sama dengan Rasdan .. BLACKSHED hit dengan lagu "Menggengam Bara" .. Setelah lahirnya album itu ahli BLOODSHED atau BLACKSHED meninggalkan kumpulan itu dan sibuk dengan kerjaya mereka .. Tiada lagi BLOODSHED dan tiada lagi BLACKSHED

Teja
Kumpulan ini wujud setelah vokalis Metafora berundur (nama lupa), tempatnya digantikan olih Zul Teja, kumpulan ni cuma ada sebuah album sahaja bertajuk LAUNGAN SUCI (1992) .. Album ini menampilkan lagu hit mereka bertajuk "Jelingan Manja" "Kau Yang Tak Mengerti" & "Kenangan Di Taman Cinta" yang ada dimuatkan dalam filem Memory (1992)

Handy Black
Berawal Clash Of The Bands, bakat mereka dicungkil. Lagu yang dirakamkan untuk kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka saat itu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram), Album sulung Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black saat itu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa itu tak sempat dibuat kompilasi sampai sekarang
(Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujuk lagu2 macam ini).

SYJ
Terdapat 3 SYJ ketika itu. SYJ (Sofea), SYJ 87 (Ariwatan) & SYJ 91. Ketiga-tiganya diambil sempena nama pengurus mereka SYED YUSUF JAMALULAIL. Penampilan mereka lebih ke arah glam rock yang sedang menular di Malaysia ketika itu.
SYJ (Sofea) menukar nama kepada Sofea pada tahun 1987 setelah pengurus SYED YUSUF JAMALULAIL memutuskan supaya tidak mahu lagi mengurus band yang banyak mencetuskan kontroversi. Setelah itu Syed Yusuf Jamalulail mengasaskan sebuah lagi band yang juga memakai nama beliau yaitu SYJ (Ariwatan) atau lebih dikenali SYJ 87, mereka menukar nama kepada Ariwatan pada tahun 1988.Tahun 1993 Rawita (Bassis Bloodshed/Blackshed) & Opie (Gitaris Bloodshed/Blackshed) menganggotai Fotograf sebagai sessionist. Lagu Luka seribu Rindu adalah hasil petekan gitar opie dan bass rawita

Minah Rockers (Edisi Lengkap)
Ella (The Boys), Shima (The Boys), Wohnen, Ixora, dll. Masa dulu ramai lagi artis rock macam Sheeda (ex-Desire) yang kini dah tukar haluan nyanyi dangdut, Emma (ex-Revolusi), Teratai ada Norlela Manaf, Murni (Les Mayor - Clash of the Bands 3) dan artis rock solo macam Idda, Yuziee, Puteri Hamsiah (penyanyi jemputan bersama Hydra - Ilusi Fenomena Cinta didalam album Pancakara Dicakrawala) serta band wanita, Puteri.

Nama Baru & Lama
Ababil (History), Meditasi (Metal Wizards), Ekamatra (Diamond Head), Farmosa (Serigala), XPDC (Tragedy), Masa (Scarecrow), Inspirasi (Blue Steel), Jitu (Gejala), Etika (Wasiat), Fancy (Roses), Inspirasi (Botol), D'Zai (Desire), Satira (Mixed Blood), Unique (Scud), Ad-Hoc (Shelma).


Antara band2 yg pernah mewarnai industri rock sekitar tahun 80'an sepertiWings, May, SYJ, BPR, Gersang, Gamma, Dinamik, Febians, Crossfire, Bloodshed, Blackrose, Olan, Masa, Mega, Medicine, Desire, Illusi, Iklim, Menara, Laksamana, Ekamatra, Melissa, Lela, Wichitra, Junction, CRK, Meditasi, Cinema, Lipan Bara, Lagenda, Terrarossa, Sensasi, UG14, Analisa, Metallian, Putra, Slash, Zabarjad, Utopia, Teras, Etika, Erat, Gravity, Skala, Figures, Bahtera, Garuda, Pratayuda, FRU, Ariwatan, Kejora, Projek, Wizard, Gerimis, Villosa, Urgent, Jitu, Gerimis, Mutiara, Sejati, Burnmarks, Scandals, Axthara, Aroma, Warisan, Kafilah, G.E.T, Aryan, Zodiak, Izzaka, Perdana, Sahara, ODC, Suria, Destinasi, Hatty, Fantasia, D' Riyadh, Strangers, Finalist, Sera, Teja, Vagrant, Helter Skelter, Unwanted, Rockers dan banyak lagi!

Tuesday, 24 November 2015

muzik alternative

 Dari manakah datang nya muzik alternative? Ia adalah muzik underground & indie yang bukan dari aliran perdana atau mainstream. Di namakan alternative kerana ia genre muzik yang berlainan dari muzik pop & rock popular dan sebagai satu bentuk hiburan lain kepada mereka yang mahu beralih daripada muzik tahun 80an. Muzik alternative terdiri dari berbagai-bagai genre seperti Punk, Ska, folk, rock, pop dan lain-lain muzik yang dianggap aneh & baru.

Bagaimana pula dengan lagu Pop tempatan? Irama mereka tidak sama dengan muzik Rock barat! Ya memang tidak sama kerana mereka mendapat pengaruh menerusi lagu-lagu Pop barat.

Mereka yang bermain muzik dan menggubah lagu untuk rakaman lagu artis-artis tempatan adalah peminat lagu-lagu barat. Untuk menerbitkan lagu berentak modern maka unsur-unsur barat tidak dapat dinafikan untuk dimasukkan & digabungkan dengan irama muzik tempatan kedalam produk mereka yang sesuai dengan orang muda pada zaman tersebut yang mengikut trend muzik atau feshen dari barat. Bukan sahaja pada tahun-tahun 60an atau 70an malahan juga pada dekad 80an, 90an dan abad millennium 2000 - 2011. Muzik tempatan akan sentiasa mengikut perkembangan trend dari barat.   

 Memang ada juga pemuzik di Malaysia yang jarang mendengar muzik Rock & Pop barat atau sangat sedikit pengaruh Rock barat keatas permainan muzik mereka. Mereka hanya mendengar lagu-lagu penyanyi & pemuzik tempatan atau lagu dari pemuzik/penyanyi negera seberang akan tetapi idola atau penyanyi & pemuzik yang mereka minati itu juga mendapat pengaruh dari muzik barat.
      

       Rencana tulisan ini bukan untuk merendahkan martabat pemuzik Malaysia tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa muzik barat yang memungkinkan kemunculan pemuzik-pemuzik tempatan. Bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia mendapat tempias dari muzik barat. Ada orang berpendapat muzik barat seperti Pop, Rock, Rap & R&B tidak baik. Ada yang tidak minat muzik barat kerana bahasanya tidak difahami, apa lagi kalau muzik itu sendiri mereka tidak faham & minat. Muzik bukan kepunyaan seorang individu sahaja tetapi adalah kepunyaan semua 6 billion penduduk dunia yang menggemari muzik tak kira lah apa jenis muzik pun disemua 195 negara dalam dunia. Memaang tidak dinafikan muzik rock barat kadangkala membawa unsur negative yang tidak baik kepada orang Malaysia. Tetapi itu semua tertakluk kepada peraturan larangan penjualan & larangan menyiarkan lagu lagu yang berunsur tidak baik di Malaysia. Tetapi bukan semuanya lagu dari barat itu berunsur tidak baik. Orang Melayu mengambil perkara yang baik seperti teknik permainan bermain muzik rock untuk bermain muzik mengikut citarasa orang Malaysia dan membuang serta tidak mengikuti unsur unsur yang tidak baik.      

Pengaruh Rock barat kepada pemuzik Malaysia

Satu contoh bagaimana muzik hard rock mempengaruhi perkembangan muzik di Malaysia ialah Man Kidal. Kita boleh mendengar dalam rakaman album Search “Cinta Buatan Malaysia 1985” dimana gitarnya lebih kepada pengaruh dari Van Halen, Micheal Schenker (Scorpion), Iron Maiden & Deep Purple.


Didalam rakaman album band Lefthanded tahun 1986 permainannya sudah beralih kepada pengaruh muzik Yngwie.  Pemain drum Yazid dari band Search ialah peminat John Bonham iaitu drummer kepada Led Zeppelin. Amy Search yang semasa remaja nya sering mendengar lagu-lagu dari Rolling Stone, Deep Purple & Led Zeppelin. Hillary guitarist Search, bunyi gitarnya seperti Van Halen & Journey. Sudirman pernah menjemput Hillary dari band Search untuk bermain gitar dalam rakaman album “Kulit” kerana petikannya yang garang seperti Van Halen dalam lagu Beat It Micheal Jackson.  Muzik rock Malaysia pada pertengahan tahun 1980an menampilkan ciri-ciri kebaratan tanpa irama kemelayuan kecuali ia dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun sebelum gelombang rock melanda Malaysia ada terdapat beberapa lagu yang ada unsur-unsur kemelayuan dalam album Sweet Charity & Search (Cinta Buatan Malaysia). Ini adalah kerana muzik rock yang masih baru pada masa itu dan juga untuk memikat citarasa pendengar muzik tempatan dan juga berkaitan dengan pasaran tempatan. Memang tidak dapat dinafikan lagi remaja Malaysia terutama para pendengar lagu Melayu sudah bosan pada masa itu mendengar lagu-lagu pop sentimental  atau irama tempatan. Mereka beralih kepada muzik Rock barat yang rancak & segar sama juga seperti remaja di tahun 1990an yang mahu beralih mendengar muzik baru alternative atau Muzik Indie. Bagaimana pun oleh kerana orang Malaysia sangat gemar kepada muzik rentak perlahan maka kebanyakan band Rock Malaysia hanya dapat naik terkenal dengan lagu-lagu "slow rock". Ini dapat kita lihat sendiri dari persembahan seperti "Juara-juara lagu TV3" & persembahan muzik di RTM akhir 80an & awal 90an". Tetapi tidak kepada peminat & pemuzik rock yang serius di seluruh Malaysia, mereka lebih suka mendengar lagu-lagu rancak irama Rock & Metal. "Slow Rock" dalam erti yang sebenarnya ialah rentak drum atau beat 3/4 seperti rentak drum dalam lagu Unchained Melody. Tetapi oleh kerana terdapat juga lagu Rock berbunyi gitar distortion dalam irama & rentak yang perlahan maka terma atau panggilan "slow rock" diguna pakai oleh orang ramai. Kalau di Amerika lagu rock rentak perlahan dipanggil "Rock Ballad".  

Walaupun irama hard rock, metal, glam rock, progressive rock & punk rock sudah lama digemari para pendengar muda Malaysia semenjak tahun 1970an lagi, tidak ada satu band tempatan yang ada merakam lagu irama tersebut di Malaysia. Kecuali Sweet Charity yang berasal dari Singapura & beberapa band dari Indonesia seperti God Bless. Kalau ada pun pemuzik rock mereka hanya bermain di pentas awam atau kelab juga merakam lagu dalam genre berlainan. Syarikat rakaman tempatan tahun 1970an & 1980an juga tidak berani untuk menerbit lagu berentak irama rock yang aggresive kerana pasaran & penerimaan penduduk Malaysia yang lebih suka mendengar muzik pop, sentimental & irama Melayu. Oleh kerana tidak banyak album muzik rock apa lagi lagu-lagu heavy metal berbahasa melayu maka remaja Malaysia telah menubuhkan band mereka sendiri yang berpandukan kepada muzik rock barat dengan berharap suatu hari nanti mereka dapat merakam lagu rock dalam bahasa Melayu. 

   Tahun 90an pula band Malaysia OAG mendapat inspirasi dari Oasis band alternative British yang bermain muzik ala The Beatles. Begitu juga dengan pemuzik alternative tempatan mereka bermain, mencipta lagu & merakam lagu sendiri berpandukan pengaruh & inspirasi muzik alternative barat.



ing-vay mahlm-steen

Yngwie Malmsteen lahir pada tahun 1963. Tahun itu ialah tahun The Beatles mula meningkat popular. Semasa kecil lagi dia sudah mendengar lagu-lagu JS Bach, Beethoven & Paginini yang diputarkan piring hitam oleh ibubapanya. Apabila umur 10 tahun iaitu tahun 1973 dia menubuhkan band muzik bersama rakan-rakan sekolahnya setelah terpengaruh dengan muzik hard rock dari Jimi Hendrix, Deep Purple, Led Zeppelin. Apabila meningkat dewasa Yngwie sudah mahir bermain gitar dan berhasrat untuk ke Amerika. Di akhir tahun 1970an dia mungkin telah mendengar lagu-lagu instrumental petikan gitar ala timur tengah, Latin dan Mediterranean iaitu Al Di Meola pemain gitar dari Amerika yang menjadi inspirasi kepadanya untuk bermain scale harmonic minor & Phrygian ditambah pula dengan muzik classical JS Bach & lain-lain. Semasa di Amerika dia bermain dengan band Steeler dan Alcatrazz. Stail petikan gitar Yngwie yang unik bermain seperti Paganini seorang penggesek violin abad ke 19 yang dikatakan gesekannya “berhantu” (memukau). 

Walaupun dimasa itu sudah ada pemain gitar yang bermain scale arpeggio, Phrygian & harmonic minor pada tahun 1970an seperti Ritchie Blackmore, Genesis & Van Halen, Yngwie tiba tepat pada masa kebangkitan gelombang baru Heavy Metal tahun awal 1980an. Dalam sekelip mata album Rising Force tahun 1984 telah menjulang namanya sebagai pemain gitar terbaik kerana petikan laju bertenaga & unik (speed, power & unique). Para pemain gitar baru  kemudian mula mahu belajar teknik-teknik & scale muzik classical kerana mahu bermain seperti Yngwie. Joe Satriani pemain & pengajar gitar berkata sebelum Yngwie muncul, Joe Satriani telah cuba mengajar anak muridnya teknik classical tetapi tidak ada yang berminat. Kirk Hammet (Metallica) salah seorang anak murid Joe Satriani. Belajar teknik petikan gitar rock & teknik classical dari Joe Satriani.

Di Malaysia ada juga pemain gitar yang tertarik pada stail permainan Yngwie. Pattern solo petikan gitar yngwie mula ada kedengaran dimainkan dalam rakaman lagu lagu rock melayu pada pertengahan tahun 1980an. Teknik bermain petikan gitar laju seperti yngwie dikira sesuatu yang menakjubkan pada tahun 1980an sehingga banyak pemain gitar mahu bermain petikan gitar yang laju.           


Progressive Rock

Antara genre hard rock awal yang memainkan idea-idea muzik rock kreatif  menggabungkan Jazz, Folk, Funk & Hard Rock. Pada tahun-tahun 1970an & 1980an, muzik Rock yang aggressive & bingit tidak berapa diterima oleh fundmentalist & conservative di barat kerana imej yang tidak baik. Apatah lagi di Malaysia pada tahun 1980an, Rock dianggap budaya kuning yang meruntuhkan akhlak remaja sama seperti tarian Breakdance. Mungkin bagi mereka yang tidak minat atau tidak mengerti muzik susah untuk mereka memahami bunyi-bunyi alatan muzik. Mereka mungkin akan menghina peminat atau pendengar muzik rock sebagai orang gila atau mungkin dikutuk & dimaki sedangkan peminat muzik hanya ingin mendengar muzik sebagai hobi & hiburan.  

       Itu sudah berlalu hampir 25 - 20 tahun dahulu. Kalau masih ada mereka yang seperti itu, mereka mungkin telah ketinggalan zaman kerana masa sekarang ini di barat atau Malaysia, orang dah tak mengutuk muzik rock lagi dah. Diabad milennium baru ini Rock sudah bercambah kepada beberapa cabang yang tak terkira banyaknya. Penerimaan muzik rock di barat dianggap perkara biasa, dari yang ibubapanya sehingga ke anak mereka. Bagi yang pertama kali mendengar atau lagu-lagu rock Led Zeppelin mereka mungkin mencemuh suara & persembahan mereka sebagai pondan & Mak nyah. Tetapi mereka yang berkata demikian mungkin tidak tahu Led Zeppelin menjadi jutawan kerana bakat mereka. Penyanyi Led Zeppelin Robert Plant sahaja nilai hartanah & royaltinya mencecah 80 juta Pound Sterling (RM400 juta ringgit). Muzik Rock berkembang ke hari ini kerana bakat Led Zeppelin. Berjuta-juta pemuzik rock hari ini mendapat inspirasi untuk bermain muzik dari Led Zeppelin atau pun perintis rock walaupun tidak secara langsung. Pedulikan lah orang yang mengutuk itu, kerana mereka sebenarnya tidak pernah melihat pemuzik professional bermain diluar sana. Mereka taksub dengan idola mereka sedangkan idola mereka itu sendiri adalah peminat artis, pemuzik luar negara dahulu & sekarang. 

Pengaruh Muzik Rock Kepada Pemuzik Tempatan

Pengaruh irama rock sudah lama bertapak dalam hati orang Melayu sejak kemunculan Elvis dengan genre muzik Rock n Roll pada tahun 1950an. Rock n Roll pada masa itu ialah muzik yang terbaru untuk anak anak muda. Pengaruh Rock n Roll juga melanda sebahagian besar generasi muda dunia pada era itu. Rock n Roll ini ialah evolusi muzik dari zaman big band swing jazz blues & country Amerika.              

"Rock" dalam bahasa English bererti "To move back and forth or from side to side, especially gently or rhythmically".ertinya bergerak depan & belakang atau bergoyang rancak mengikut irama & rentak. Seperti kerusi hayun atau pokok yang bergerak di tiup angin. Dalam istilah lain Rock juga bermakna muzik rancak tidak kira lah apa jenis muzik itu. Orang barat suka memanggil irama rancak sebagai "Rock". Dalam istilah modern, muzik Rock ialah muzik keras & rancak yang dimainkan oleh sekumpulan pemain alat muzik terdiri dari vocal, gitar, bass drum dan keyboard. Ada juga lagu berbunyi keras ini dimainkan dalam rentak slow dan perlahan. Ia dipanggil slow rock atau rock ballad.

Awal tahun 1960an muzik Rock n Roll beralih arah kepada muzik yang lebih kepada penggunaan gitar elektrik. Muncul lah band seperti The Beatles, The Shadow, The Ventures, Dick Dale yang mula manjadi idola dan pengaruh kepada generasi baru muda mudi Malaysia. Lagu melayu yang diiringi gitar rancak mula menjadi kegilaan anak anak muda. Dengan teknik permainan alat muzik drum & gitar pemuzik barat digabungkan dengan irama melayu maka ia menjadi identiti muzik pop melayu baru yang dipanggil Pop Yeh Yeh.

Akhir tahun 1960an muzik gitar rancak  mula berubah stail permainan bunyi kepada unsur muzik blues iaitu genre muzik orang keturunan Afrika  di America. Kemunculan band seperti Rolling Stone membawa perubahan kepada muzik rock. Akhir tahun 1960an juga Jimi Hendrix iaitu pemain gitar kulit hitam menjadi popular dengan muzik blues nya yang dimainkan dengan bunyi keras dari gitar elektriknya.      

Awal tahun 1970an muzik pop dan hard rock mula menggantikan irama pop gitar rancak 60an. Muzik rancak dan keras dari band seperti Led Zeppelin, Black Sabbath, Deep Purple & banyak lagi dijual piring hitam LP nya keseluruh dunia. Anak anak muda yang bersekolah pada awal tahun 1970an di Malaysia, Singapura gemar pada muzik baru ini. Ada menubuhkan band kugiran untuk bermain lagu lagu kegemaran mereka dari genre hard rock. Satu band dari Singapura mula muncul membawa genre muzik hard rock mereka menamakan band mereka Sweet Charity.  Mereka bermain muzik hard rock dalam bahasa melayu. 

Bagi mereka yang bukan penggemar hard rock, mereka meminati muzik disco, ballad dan R&B dari Amerika atau Eropah. Banyak lah artis tempatan muncul merakam lagu dalam irama irama sedemikian. Akan tetapi bukan bererti mereka melupakan irama melayu. Banyak lagu dirakam dengan menggabungkan irama melayu dengan muzik genre barat. Muzik melayu seperti ini menjadi ikon genre muzik pop melayu. Akhir 1960an & awal 1970an bukan lah zaman pemerintahan muzik hard rock. Lebih banyak orang didunia meminati muzik pop yang tidak menggunakan gitar rancak keras dalam lagu lagu rakaman mereka. Muzik hard rock umpama seperti muzik under ground pada masa itu belum diterima oleh ramai orang. Genre muzik yang sangat ketara diminati pada tahun 1970an ialah era pemerintahan muzik genre disco. Maksud saya ''pemerintahan'' bukan lah muzik itu memerintah tetapi ia muzik yang sangat banyak peminatnya. Disco muzik asal campuran R&B, Jazz, Blues, Funk, Latin diadun mejadi muzik yang sangat menarik untuk didengari.

Muzik punk muncul pada akhir 70an tidak begitu ramai peminatnya di Malaysia. Tetapi ada juga yang meminati muzik ini walaupun muzik itu tidak mendorong anak anak muda Malaysia untuk belajar bermain alat alat muzik untuk bermain muzik genre Punk.     

  Awal tahun 1980an pemuzik baru di UK mula bermain muzik hasil dari gabungan  Punk, Hard rock 70an, Folk dan Ballad sehingga ia mula menjadi kegilaan anak anak muda di United Kingdom. Muzik ini dipanggil New Wave Of British Heavy Metal. Stail muzik ini kemudian mula menjadi ikutan di Amerika & seluruh dunia. Ini lah genre muzik yang mempamerkan imej rugged berambut panjang dengan muzik yang lebih keras dan bising. Anak anak muda Malaysia juga tidak ketinggalan mula tertarik pada muzik heavy metal ini. Ada yang belajar bermain alat muzik kerana mereka mahu memainkan muzik heavy metal. Kumpulan Search yang muncul dengan album Rock pertama Malaysia pada 1985 bermain muzik genre seperti ini. Rakaman album pertama Search sangat mendapat tempat tempat menarik hati peminat muzik rock yang mahu mendengar muzik itu didalam bahasa melayu. Sebelum itu tidak ada lagi band rock & lagu melayu dinyanyikan dalam muzik rock. Selepas kemunculan band Search banyak lagi band anak muda tempatan diberi peluang merakam lagu genre hard rock & heavy metal.Mereka bermain muzik dan stail permainan band terkenal dari Amerika dan Eropah seperti Van Halen, Deep Purple, Iron Maiden, Dio, Scorpion & banyak lagi lah.             
Oleh kerana selera kebanyakan orang Malaysia yang lebih suka mendengar lagu-lagu rentak perlahan maka terpaksalah kumpulan Rock Malaysia menumpukan kepada rakaman lagu-lagu berentak Slow rock atau ballad untuk menarik lebih ramai pembeli dan peminat. Ini menyebabkan industri rakaman lagu rock tempatan tenat pada 90’an dimana ia mula digantikan pula oleh Rock alternative. Muzik alternative memaparkan imej yang lebih kemas sedikit berambut pendek & muzik nya tidak lah terlalu keras & bingit.          


  Muzik rock ialah muzik yang rancak. Kalau kamu boleh kembali ke zaman permulaan muzik rock dari tahun 50’an dan 60’an dan melihat sendiri depan mata kamu pemuzik-pemuzik yang menjadi perintis kepada muzik terdahulu sehingga berkembang menjadi muzik modern hari ini. Kalau kamu seorang remaja & hidup di tahun 1960’an serta tinggal di Amerika atau Eropah, kamu akan dapat merasa pertukaran genre muzik yang sangat drastic dalam masa 10 tahun (1960 -1970). Dari band The beatles yang mendendangkan lagu-lagu memikat gadis di tahun 1963 beransur-ansur bertukar kepada lagu anti perang, kemanusian & banyak lagi lagu yang tidak berunsur cinta.

Berbalik kita kepada Led Zeppelin yang ditubuhkan pada tahun 1969. Sebelum itu ahli kumpulan itu ialah pemuzik sessionist yang berkerja dalam rakaman studio untuk artis-artis terkenal. Mereka adalah peminat muzik blues Amerika. Mereka mula bermain muzik sezaman dengan The Beatles. Apabila Jimmy Page, John Paul Jones, John Bonham & Robert Plant digabungkan didalam satu kumpulan, muzik mereka sangat keras & memukau seperti raksasa.

 Dari sinilah muzik keras Hard rock bermula. Tetapi sebelum mereka memang sudah ada muzik keras hard rock yang lain yang tidak terkenal. Gabungan muzik blues, rock n roll, Celt-folk menjadi insipirasi kepada muzik mereka. Dari inspirasi muzik Led Zeppelin maka timbul & muncul kumpulan hard rock 70an yang semasa mereka remaja & masih bersekolah sangat gemar mendengar lagu-lagu rock 60an. Dari situ rock menjadi bertambah keras dalam persembahan kumpulan T-Rex, Dinosaur, Motorhead & banyak lagi.

Akhir tahun 1970an muzik punk mula mengambil tempat perhatian remaja. Kalau kita mendengar lagu Punk 70an ada terdapat unsur-unsur rock 60an yang dirakam dengan bunyi gitar & pukulan drum era 70an. Pada era awal 1980an satu pergerakan & gelombang genre muzik muncul di UK iaitu "New Wave Of British Heavy Metal Music" iaitu kesinambungan atau sambungan dari muzik hard rock & metal 1970an. Kamu boleh baca perkembangan ini di page "Muzik & Pemuzik"


 Seorang peminat muzik rock, tidak menumpukan perhatian atau minatnya kepada penyanyi & lirik sahaja. Dia lebih suka mendengar keseluruhan rakaman alat-alat muzik yang  berlainan yang disusun menjadi lagu. Muzik rock yang dirakam pada tahun 1970an & 1980an tidak jelas suara & kadang kadang lirik mereka tidak ada makna kerana ia tidak penting, Pendengar lebih suka mendengar bunyi-bunyian alat-alat muzik & melihat persembahan pemuzik bermain alat bunyi muzik seperti gitar, keyboard & drum atau apa-apa sahaja alat muzik.





Sejarah Lagu Rock di Malaysia

Awal mula perkembangan muzik Rock di Malaysia ialah berkembang pada pertengahan tahun 1980-an. Pada saat tersebut, muncul kumpulan kumpulan rock tempatan sebagai hasil dari bahang budaya muzik rock barat. Muzik barat yg terkenal ketika itu seperti Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath. Antara kumpulan rock yang terawal ialah seperti Kumpulan Search. Dari sinilah segalanya bermula apabila satu persatu kumpulan rock Malaysia ditubuhkan yg berteraskan muzik rock. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Batu-Batu Perjuangan,Pesta Hiburan Kingsway, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Pempelbagaian Rock 'n' Roll

Rock 'n' Roll mencapai kejayaan yang cemerlang di Amerika Syarikat dan dengan cepatnya membawa muzik yang dipengaruhi oleh ritma dan blues kepada peminat-peminat antarabangsa. Bagaimanapun, kejayaan muzik rock ini telah mengakibatkan pengeceran ketika penganjur-penganjur menggunakan label ini untuk pop komersil yang lain, dan bintang-bintang asal seperti Elvis Presley dialihkan ke balada untuk memeliharakan gagasan pop yang lalu. Keterangsangan dan dorongan muzik tidak terlupa tetapi sebaliknya, terdapat pempelbagaian yang lebih meluas.

Asal rock 'n' roll

 Rock and Roll dalam berbagai-bagai samaran datangnya daripada penggabungan pelbagai budaya muzik, dan pengaruhnya pula memulangkan kesan kepada budaya-budaya itu dalam proses saling meminjam, mempengaruh, serta menukarkan gagasan baru yang terus memperkembangkan muzik rock. Rock and Roll ialah muzik gabungan dua benua iaitu Eropah dan Afrika yang bertemu dan bercampur di benua Amerika bermula pada sekitar abad ke 19. Muzik oran-orang kulit putih dari Eropah seperti country dan folk bercampur dengan muzik orang-orang Afrika Amerika seperti blues gospel dan soul menjadi muzik generasi baru dan terkenal keseluruh dunia pada tahun 1950an.

Muzik rock

Rock ialah sejenis muzik popular yang menonjolkan nyanyian (sering dengan keharmonian vokal), gitar elektrik, gitar bes, serta rentak genap yang kuat. Alat muzik yang lain, seperti keyboard (organ, piano, pensintesis, dan hon (saksofon, trompet, trombon) biasa juga digunakan dalam sesetengah gaya, tetapi hon tidak lagi digunakan dalam subgenre muzik rock yang lebih baru sejak 1990-an. Bilangan genre rock adalah banyak, dan sempadannya ditakrifkan secara kurang tepat, dengan genre-genre yang tidak begitu berkaitan, seperti muzik soul, kekadang juga dimasukkan.

Satu pengaruh pembentukan rock yang utama ialah rock 'n' roll, sehingga kedua-dua istilah kekadang digunakan dengan saling boleh tukar. Pada awal 1960-an ketika rock 'n' roll tidak menjadi fesyen lagi, permulaan rock British telah menyebabkan desakan untuk menggunakan istilah muzik rock. Dengan "Penaklukan British" itu, gaya muzik yang dicergaskan semula ini tersebar kembali ke Amerika Syarikat, dan menjadi fenomena kebudayaaan antarabangsa yang berpanjangan dengan kesan sosial kepada dunia. Tuntutan-tuntutan yang bersaingan telah menghargai muzik ini kerana menamatkan perang-perang dan menyebabkan keamanan dan toleransi, tetapi ada juga yang mendakwa bahawa muzik rock tidak berakhlak dan merosakkan moral, termasuk juga persetubuhan secara rambang. Rock kini telah menjadi popular di kebanyakan negara di seluruh dunia, dan telah berkembang dengan banyak gaya yang amat berbeza.