Antara genre hard rock awal yang memainkan idea-idea muzik rock kreatif menggabungkan Jazz, Folk, Funk & Hard Rock. Pada tahun-tahun 1970an & 1980an, muzik Rock yang aggressive & bingit tidak berapa diterima oleh fundmentalist & conservative di barat kerana imej yang tidak baik. Apatah lagi di Malaysia pada tahun 1980an, Rock dianggap budaya kuning yang meruntuhkan akhlak remaja sama seperti tarian Breakdance. Mungkin bagi mereka yang tidak minat atau tidak mengerti muzik susah untuk mereka memahami bunyi-bunyi alatan muzik. Mereka mungkin akan menghina peminat atau pendengar muzik rock sebagai orang gila atau mungkin dikutuk & dimaki sedangkan peminat muzik hanya ingin mendengar muzik sebagai hobi & hiburan.
Itu sudah berlalu hampir 25 - 20 tahun dahulu. Kalau masih ada mereka yang seperti itu, mereka mungkin telah ketinggalan zaman kerana masa sekarang ini di barat atau Malaysia, orang dah tak mengutuk muzik rock lagi dah. Diabad milennium baru ini Rock sudah bercambah kepada beberapa cabang yang tak terkira banyaknya. Penerimaan muzik rock di barat dianggap perkara biasa, dari yang ibubapanya sehingga ke anak mereka. Bagi yang pertama kali mendengar atau lagu-lagu rock Led Zeppelin mereka mungkin mencemuh suara & persembahan mereka sebagai pondan & Mak nyah. Tetapi mereka yang berkata demikian mungkin tidak tahu Led Zeppelin menjadi jutawan kerana bakat mereka. Penyanyi Led Zeppelin Robert Plant sahaja nilai hartanah & royaltinya mencecah 80 juta Pound Sterling (RM400 juta ringgit). Muzik Rock berkembang ke hari ini kerana bakat Led Zeppelin. Berjuta-juta pemuzik rock hari ini mendapat inspirasi untuk bermain muzik dari Led Zeppelin atau pun perintis rock walaupun tidak secara langsung. Pedulikan lah orang yang mengutuk itu, kerana mereka sebenarnya tidak pernah melihat pemuzik professional bermain diluar sana. Mereka taksub dengan idola mereka sedangkan idola mereka itu sendiri adalah peminat artis, pemuzik luar negara dahulu & sekarang.
No comments:
Post a Comment