Tuesday, 24 November 2015

ing-vay mahlm-steen

Yngwie Malmsteen lahir pada tahun 1963. Tahun itu ialah tahun The Beatles mula meningkat popular. Semasa kecil lagi dia sudah mendengar lagu-lagu JS Bach, Beethoven & Paginini yang diputarkan piring hitam oleh ibubapanya. Apabila umur 10 tahun iaitu tahun 1973 dia menubuhkan band muzik bersama rakan-rakan sekolahnya setelah terpengaruh dengan muzik hard rock dari Jimi Hendrix, Deep Purple, Led Zeppelin. Apabila meningkat dewasa Yngwie sudah mahir bermain gitar dan berhasrat untuk ke Amerika. Di akhir tahun 1970an dia mungkin telah mendengar lagu-lagu instrumental petikan gitar ala timur tengah, Latin dan Mediterranean iaitu Al Di Meola pemain gitar dari Amerika yang menjadi inspirasi kepadanya untuk bermain scale harmonic minor & Phrygian ditambah pula dengan muzik classical JS Bach & lain-lain. Semasa di Amerika dia bermain dengan band Steeler dan Alcatrazz. Stail petikan gitar Yngwie yang unik bermain seperti Paganini seorang penggesek violin abad ke 19 yang dikatakan gesekannya “berhantu” (memukau). 

Walaupun dimasa itu sudah ada pemain gitar yang bermain scale arpeggio, Phrygian & harmonic minor pada tahun 1970an seperti Ritchie Blackmore, Genesis & Van Halen, Yngwie tiba tepat pada masa kebangkitan gelombang baru Heavy Metal tahun awal 1980an. Dalam sekelip mata album Rising Force tahun 1984 telah menjulang namanya sebagai pemain gitar terbaik kerana petikan laju bertenaga & unik (speed, power & unique). Para pemain gitar baru  kemudian mula mahu belajar teknik-teknik & scale muzik classical kerana mahu bermain seperti Yngwie. Joe Satriani pemain & pengajar gitar berkata sebelum Yngwie muncul, Joe Satriani telah cuba mengajar anak muridnya teknik classical tetapi tidak ada yang berminat. Kirk Hammet (Metallica) salah seorang anak murid Joe Satriani. Belajar teknik petikan gitar rock & teknik classical dari Joe Satriani.

Di Malaysia ada juga pemain gitar yang tertarik pada stail permainan Yngwie. Pattern solo petikan gitar yngwie mula ada kedengaran dimainkan dalam rakaman lagu lagu rock melayu pada pertengahan tahun 1980an. Teknik bermain petikan gitar laju seperti yngwie dikira sesuatu yang menakjubkan pada tahun 1980an sehingga banyak pemain gitar mahu bermain petikan gitar yang laju.           


No comments:

Post a Comment