"Rock" dalam bahasa English bererti "To move back and forth or from side to side, especially gently or rhythmically".ertinya bergerak depan & belakang atau bergoyang rancak mengikut irama & rentak. Seperti kerusi hayun atau pokok yang bergerak di tiup angin. Dalam istilah lain Rock juga bermakna muzik rancak tidak kira lah apa jenis muzik itu. Orang barat suka memanggil irama rancak sebagai "Rock". Dalam istilah modern, muzik Rock ialah muzik keras & rancak yang dimainkan oleh sekumpulan pemain alat muzik terdiri dari vocal, gitar, bass drum dan keyboard. Ada juga lagu berbunyi keras ini dimainkan dalam rentak slow dan perlahan. Ia dipanggil slow rock atau rock ballad.
Awal tahun 1960an muzik Rock n Roll beralih arah kepada muzik yang lebih kepada penggunaan gitar elektrik. Muncul lah band seperti The Beatles, The Shadow, The Ventures, Dick Dale yang mula manjadi idola dan pengaruh kepada generasi baru muda mudi Malaysia. Lagu melayu yang diiringi gitar rancak mula menjadi kegilaan anak anak muda. Dengan teknik permainan alat muzik drum & gitar pemuzik barat digabungkan dengan irama melayu maka ia menjadi identiti muzik pop melayu baru yang dipanggil Pop Yeh Yeh.
Akhir tahun 1960an muzik gitar rancak mula berubah stail permainan bunyi kepada unsur muzik blues iaitu genre muzik orang keturunan Afrika di America. Kemunculan band seperti Rolling Stone membawa perubahan kepada muzik rock. Akhir tahun 1960an juga Jimi Hendrix iaitu pemain gitar kulit hitam menjadi popular dengan muzik blues nya yang dimainkan dengan bunyi keras dari gitar elektriknya.
Awal tahun 1970an muzik pop dan hard rock mula menggantikan irama pop gitar rancak 60an. Muzik rancak dan keras dari band seperti Led Zeppelin, Black Sabbath, Deep Purple & banyak lagi dijual piring hitam LP nya keseluruh dunia. Anak anak muda yang bersekolah pada awal tahun 1970an di Malaysia, Singapura gemar pada muzik baru ini. Ada menubuhkan band kugiran untuk bermain lagu lagu kegemaran mereka dari genre hard rock. Satu band dari Singapura mula muncul membawa genre muzik hard rock mereka menamakan band mereka Sweet Charity. Mereka bermain muzik hard rock dalam bahasa melayu.
Bagi mereka yang bukan penggemar hard rock, mereka meminati muzik disco, ballad dan R&B dari Amerika atau Eropah. Banyak lah artis tempatan muncul merakam lagu dalam irama irama sedemikian. Akan tetapi bukan bererti mereka melupakan irama melayu. Banyak lagu dirakam dengan menggabungkan irama melayu dengan muzik genre barat. Muzik melayu seperti ini menjadi ikon genre muzik pop melayu. Akhir 1960an & awal 1970an bukan lah zaman pemerintahan muzik hard rock. Lebih banyak orang didunia meminati muzik pop yang tidak menggunakan gitar rancak keras dalam lagu lagu rakaman mereka. Muzik hard rock umpama seperti muzik under ground pada masa itu belum diterima oleh ramai orang. Genre muzik yang sangat ketara diminati pada tahun 1970an ialah era pemerintahan muzik genre disco. Maksud saya ''pemerintahan'' bukan lah muzik itu memerintah tetapi ia muzik yang sangat banyak peminatnya. Disco muzik asal campuran R&B, Jazz, Blues, Funk, Latin diadun mejadi muzik yang sangat menarik untuk didengari.
Muzik punk muncul pada akhir 70an tidak begitu ramai peminatnya di Malaysia. Tetapi ada juga yang meminati muzik ini walaupun muzik itu tidak mendorong anak anak muda Malaysia untuk belajar bermain alat alat muzik untuk bermain muzik genre Punk.
Awal tahun 1980an pemuzik baru di UK mula bermain muzik hasil dari gabungan Punk, Hard rock 70an, Folk dan Ballad sehingga ia mula menjadi kegilaan anak anak muda di United Kingdom. Muzik ini dipanggil New Wave Of British Heavy Metal. Stail muzik ini kemudian mula menjadi ikutan di Amerika & seluruh dunia. Ini lah genre muzik yang mempamerkan imej rugged berambut panjang dengan muzik yang lebih keras dan bising. Anak anak muda Malaysia juga tidak ketinggalan mula tertarik pada muzik heavy metal ini. Ada yang belajar bermain alat muzik kerana mereka mahu memainkan muzik heavy metal. Kumpulan Search yang muncul dengan album Rock pertama Malaysia pada 1985 bermain muzik genre seperti ini. Rakaman album pertama Search sangat mendapat tempat tempat menarik hati peminat muzik rock yang mahu mendengar muzik itu didalam bahasa melayu. Sebelum itu tidak ada lagi band rock & lagu melayu dinyanyikan dalam muzik rock. Selepas kemunculan band Search banyak lagi band anak muda tempatan diberi peluang merakam lagu genre hard rock & heavy metal.Mereka bermain muzik dan stail permainan band terkenal dari Amerika dan Eropah seperti Van Halen, Deep Purple, Iron Maiden, Dio, Scorpion & banyak lagi lah.
Oleh kerana selera kebanyakan orang Malaysia yang lebih suka mendengar lagu-lagu rentak perlahan maka terpaksalah kumpulan Rock Malaysia menumpukan kepada rakaman lagu-lagu berentak Slow rock atau ballad untuk menarik lebih ramai pembeli dan peminat. Ini menyebabkan industri rakaman lagu rock tempatan tenat pada 90’an dimana ia mula digantikan pula oleh Rock alternative. Muzik alternative memaparkan imej yang lebih kemas sedikit berambut pendek & muzik nya tidak lah terlalu keras & bingit.
Muzik rock ialah muzik yang rancak. Kalau kamu boleh kembali ke zaman permulaan muzik rock dari tahun 50’an dan 60’an dan melihat sendiri depan mata kamu pemuzik-pemuzik yang menjadi perintis kepada muzik terdahulu sehingga berkembang menjadi muzik modern hari ini. Kalau kamu seorang remaja & hidup di tahun 1960’an serta tinggal di Amerika atau Eropah, kamu akan dapat merasa pertukaran genre muzik yang sangat drastic dalam masa 10 tahun (1960 -1970). Dari band The beatles yang mendendangkan lagu-lagu memikat gadis di tahun 1963 beransur-ansur bertukar kepada lagu anti perang, kemanusian & banyak lagi lagu yang tidak berunsur cinta.
Berbalik kita kepada Led Zeppelin yang ditubuhkan pada tahun 1969. Sebelum itu ahli kumpulan itu ialah pemuzik sessionist yang berkerja dalam rakaman studio untuk artis-artis terkenal. Mereka adalah peminat muzik blues Amerika. Mereka mula bermain muzik sezaman dengan The Beatles. Apabila Jimmy Page, John Paul Jones, John Bonham & Robert Plant digabungkan didalam satu kumpulan, muzik mereka sangat keras & memukau seperti raksasa.
Akhir tahun 1970an muzik punk mula mengambil tempat perhatian remaja. Kalau kita mendengar lagu Punk 70an ada terdapat unsur-unsur rock 60an yang dirakam dengan bunyi gitar & pukulan drum era 70an. Pada era awal 1980an satu pergerakan & gelombang genre muzik muncul di UK iaitu "New Wave Of British Heavy Metal Music" iaitu kesinambungan atau sambungan dari muzik hard rock & metal 1970an. Kamu boleh baca perkembangan ini di page "Muzik & Pemuzik"
Seorang peminat muzik rock, tidak menumpukan perhatian atau minatnya kepada penyanyi & lirik sahaja. Dia lebih suka mendengar keseluruhan rakaman alat-alat muzik yang berlainan yang disusun menjadi lagu. Muzik rock yang dirakam pada tahun 1970an & 1980an tidak jelas suara & kadang kadang lirik mereka tidak ada makna kerana ia tidak penting, Pendengar lebih suka mendengar bunyi-bunyian alat-alat muzik & melihat persembahan pemuzik bermain alat bunyi muzik seperti gitar, keyboard & drum atau apa-apa sahaja alat muzik.
No comments:
Post a Comment